Pada 16 Mei 2016, SK Intan Baiduri telah mengadakan Sambutan Hari Guru di Dewan SK Intan Baiduri. Program ini adalah anjuran bersama KKGK 2016 dan PIBG SKIB. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian, bual bicara, kuiz, make over, tarian, tester, fakta dan auta, dan sukaneka. Guru juga dikehendaki memakai pakaian bertemakan Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
masyarakat Malaysia. - Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment