Wednesday, September 18, 2019

TERKINI : PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU

Assalam n salam sejahtera.

Tuan / Puan ibubapa/ penjaga murid murid SKIB

Pengumuman

Semua murid tidak perlu hadir ke sekolah pada 19/9/2019 (Khamis) dan 20/9/2019 (Jumaat). Sekolah akan ditutup pd tarikh tersebut kerana bacaan IPU yg sgt tidak sihat.
Mohon minum air dlm kadar yg banyak, berada dlm kawasan yg tertutup dan jaga kesihatan.
Sila rujuk pengumuman dari pentadbir sekolah utk hari persekolahan berikutnya. Mohon peka dgn hebahan semasa.

Terima kasih.

Pn Norhayati Binti Abd.Kadir
GB SK Intan Baiduri
7.15 ptg 18/9/2019

Semoga kita dilindungi dan dipermudahkan.

PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU PADA 19 SEPTEMBER 2019


Wednesday, July 31, 2019

SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 2020

SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 2020

Bagi Ibu Bapa / penjaga yang mempunyai anak berumur 6 tahun , sila semak dan sahkan bermula 1 Ogos sehingga 30 September di https://public.moe.gov.my/ . Cetak keputusan semakan untuk pengesahan. Sila berhubung dengan pihak sekolah untuk maklumat lanjut.



Wednesday, April 3, 2019

UJIAN SARINGAN UKM1 PERMATA PINTAR






UJIAN SARINGAN UKM1 SUDAH BERMULA!
Makluman kepada Pelajar/ Ibu Bapa dan Penjaga, Ujian Saringan pertama UKM1 dibuka mulai hari ini 7 Januari sehingga 31 Mei 2019. Sebarkan berita ini kepada rakan-rakan anda.

Pelajar boleh mendaftar dan mengambil ujian di link: http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx

Tuesday, March 26, 2019



PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH KPM

Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Melalui Dua Cara Iaitu:
a. Secara atas talian (online)
- Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my
- Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah
mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
- Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang sebagai panduan.
b. Secara manual melalui sekolah dimohon
- Ibu bapa/penjaga perlu mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
- Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
- Ibu bapa/penjaga hendaklah menghantar borang permohonan yang lengkap diisi berserta
dokumen-dokumen berkaitan ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya pada 31 Mei.
TARIKH PERMOHONAN
a. Secara Atas Talian (Online) : 1 Mac hingga 30 April tahun sebelum
b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelum
SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.
b. Kanak-kanak berumur 5+ (lahir 2 Januari hingga 31 Disember) dan 4+ (lahir 1 Januari hingga 31 Disember) pada tahun persekolahan.
c. Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 3+ (lahir dari 2 Januari hingga 15 Januari) pada persekolahan.
PEMILIHAN SEKOLAH
Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.
PEMILIHAN MURID
a. Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah melalui Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad.
b. Keutamaan kepada murid yang berumur 5+

Proses Permohonan Secara Dalam Talian:
prasekolah mohon
Proses Permohonan Secara Manual:
permohonan manual

Monday, March 25, 2019


  • Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2020 dan 2021 akan dibuka pada 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan). Pengguna perlu melayari : https://public.moe.gov.my/#
  • Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan penjaga.