Tuesday, March 26, 2019



PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH KPM

Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Melalui Dua Cara Iaitu:
a. Secara atas talian (online)
- Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my
- Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah
mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
- Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang sebagai panduan.
b. Secara manual melalui sekolah dimohon
- Ibu bapa/penjaga perlu mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
- Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
- Ibu bapa/penjaga hendaklah menghantar borang permohonan yang lengkap diisi berserta
dokumen-dokumen berkaitan ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya pada 31 Mei.
TARIKH PERMOHONAN
a. Secara Atas Talian (Online) : 1 Mac hingga 30 April tahun sebelum
b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelum
SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.
b. Kanak-kanak berumur 5+ (lahir 2 Januari hingga 31 Disember) dan 4+ (lahir 1 Januari hingga 31 Disember) pada tahun persekolahan.
c. Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 3+ (lahir dari 2 Januari hingga 15 Januari) pada persekolahan.
PEMILIHAN SEKOLAH
Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.
PEMILIHAN MURID
a. Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah melalui Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad.
b. Keutamaan kepada murid yang berumur 5+

Proses Permohonan Secara Dalam Talian:
prasekolah mohon
Proses Permohonan Secara Manual:
permohonan manual

No comments:

Post a Comment