Friday, August 25, 2017

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Intan Baiduri telah dijalankan pada 25 Ogos 2017 yang lalu. Majlis dimulakan dengan taklimat mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan oleh Ketua Panitia Sejarah, Encik Mohammad Ikhram bin Aziz. Majlis diteruskan lagi dengan gimik perasmian Bulan Kemerdekaan yang telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Ahmad Zakaria.

Antara acara lain yang turut dijalankan sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini ialah pertandingan sajak antara guru-guru, persembahan koir daripada murid-murid dan penghasilan bendera Jalur Gemilang daripada surat khabar.

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan program ini.


PERTANDINGAN KOIR SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Pada 24 Ogos 2017 (Khamis) yang lalu, SK Intan Baiduri telah mengadakan Pertandingan Koir Sempena Bulan Kemerdekaan peringkat SK Intan Baiduri di Dewan Intan Baiduri. 8 buah kumpulan yang terdiri daripada murid-murid Tahun 2, 3 dan 4 telah menyertai pertandingan ini. Mereka mempertandingkan beberapa buah lagu patriotik dan semangat sayang akan negara mereka jelas terpapar melalui pertandingan ini.

Berikut adalah keputusan pertandingan :

    Tempat pertama : Tahun 3 Berlian (Puan Mujahadah binti Marzuki)
    Tempat kedua    : Tahun 4 Berlian (Puan Noor Hanum binti Abu Bakar)
    Tempat ketiga    : Tahun 2 Zamrud dan 2 Intan (Puan Rozita binti Jusoh@Yusof dan Puan Nur'Ain 
                                 binti Mustafa Kamal)

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada guru-guru kelas yang terlibat, guru-guru mata pelajaran Pendidikan Muzik yang telah membimbing para peserta serta individu-individu lain yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.


CUTI PERTENGAHAN PERSEKOLAHAN PENGGAL 2


Wednesday, August 23, 2017

CERAMAH MOTIVASI PECUTAN AKHIR UPSR 2017

Pada 22 Ogos 2017 (Selasa) yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun Enam telah mengadakan Ceramah Motivasi Pecutan Akhir khas untuk murid-murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Irman Shah bin Azhar iaitu penceramah dari Pusat Bimbingan Wirajaya.

Program ini menekankan kepentingan persediaan-persediaan terakhir yang perlu dilakukan oleh calon-calon UPSR sekaligus menerangkan tips-tips menguruskan stres untuk menghadapi peperiksaan.