Monday, October 12, 2020

PENGUMUMAN TERKINI

Assalam dan salam sejahtera tuan puan ibubapa / penjaga yang dihormati


Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

(PKPB)

Sekolah ditutup dari tarikh 14/10 Rabu - 27/10 Selasa

Akan dibuka semula pada 28/10 Rabu


Namun pengajaran pembelajaran secara talian ( online ) akan dilaksanakan sepanjang tarikh tersebut


Mohon kerjasama semua untuk sentiasa peka pada info yg disampaikan di whatsapp kelas masing masing


Semoga kita semua dilindungi

Tuesday, July 7, 2020

LINK GROUP FACEBOOK DIGITAL LEARNING SK INTAN BAIDURI

Berikut merupakan link Group Facebook Digital Learning SK Intan Baiduri :

https://www.facebook.com/groups/284432589579076/?ref=share

Monday, April 20, 2020

PROGRAM KEM MEMBACA SK INTAN BAIDURI

Sukacita dimaklumkan Pusat Sumber Sekolah SK Intan Baiduri melancarkan Program Kem Membaca SKIB 2020 bermula 20 April sehingga 1 Mei 2020 dan program ini dirasmikan secara atas talian oleh Pn. Norhayati binti Abd. Kadir, Guru Besar SKIB.

“Membaca Menjana Pemikiran Kreatif” merupakan tema bagi Program KMM SKIB tahun ini. Oleh yang demikian, pelbagai pertandingan dan aktiviti khas akan dilaksanakan kepada semua murid, guru dan ibu bapa / penjaga bersempena PKP ini antaranya pertandingan bercerita, melukis kulit buku cerita, pembaca terbanyak dan sebagainya.

Antara objektif utama KM1M ini dilancarkan adalah:

1. Sebagai satu medium untuk mempromosi Program Galakan Membaca di rumah.
2. Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga SKIB dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan Program Galakan Membaca.
3. Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
4. Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.
5. Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan warga SKIB.

Maklumat telah dikongsikan melalui Facebook SKIB : https://www.facebook.com/skibklofficial


Monday, March 2, 2020

PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2021/2022



2 Mac 2020
 Permohonan Kemasukan Tahun Satu sesi 2021/2022
Permohonan ke Tahun Satu bagi Sesi Persekolahan Tahun 2021/2022 telah dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020. Permohonan secara dalam talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)