Wednesday, April 4, 2018

PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

Majlis Pelancaran Minggu PPDa ini telah diadakan pada 2 April 2018 (Isnin). Majlis ini telah dirasmikan oleh GPK Tadbir dan Kurikulum SK Intan Baiduri, Puan Norizan binti Mahmud.

Pelbagai aktiviti telah dirangka bagi menjayakan program ini. Antaranya ialah Pertandingan Kuiz PPDa, Pertandingan Mewarna bagi murid-murid Tahap 1 dan Pertandingan Melukis bagi murid-murid Tahap 2.

Pihak sekolah berharap agar murid-murid akan mendapatkan ilmu mengenai bahayanya dadah melalui program ini di samping dapat menjadi proaktif dalam membanteras dadah sama ada bagi diri sendiri, keluarga dan masyarakat.