Friday, May 18, 2018

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018

TAHAP 1 (TAHUN 1,2,3)


TAHAP 2 (TAHUN 4,5,6)



Wednesday, April 4, 2018

PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

Majlis Pelancaran Minggu PPDa ini telah diadakan pada 2 April 2018 (Isnin). Majlis ini telah dirasmikan oleh GPK Tadbir dan Kurikulum SK Intan Baiduri, Puan Norizan binti Mahmud.

Pelbagai aktiviti telah dirangka bagi menjayakan program ini. Antaranya ialah Pertandingan Kuiz PPDa, Pertandingan Mewarna bagi murid-murid Tahap 1 dan Pertandingan Melukis bagi murid-murid Tahap 2.

Pihak sekolah berharap agar murid-murid akan mendapatkan ilmu mengenai bahayanya dadah melalui program ini di samping dapat menjadi proaktif dalam membanteras dadah sama ada bagi diri sendiri, keluarga dan masyarakat.


Friday, February 16, 2018

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2018

Pada 10 Februari 2018 (Sabtu) yang lalu, Unit Pengawas SK Intan Baiduri telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas untuk semua unit pengawas (Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Briged Bestari, Pengawas SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya). Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Ahmad Zakaria. Seterusnya, Encik Mohd Saleh selaku Kem Komanden telah memberikan taklimat kepada semua pengawas mengenai aktiviti yang telah dirancang. Semua unit pengawas telah menjalani on-job training yang dikendalikan oleh guru penasihat setiap unit.

Program diteruskan dengan ceramah motivasi kepimpinan yang telah disampaikan oleh Encik Shahrizal bin Mokhtar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memperkasakan sifat kepimpinan dalam kalangan murid selain mengukuhkan semangat toleransi dan kerjasama antara mereka.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Kursus Kepimpinan Pengawas pada kali ini.



Tuesday, January 30, 2018

Thursday, January 25, 2018

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS, BRIGED BESTARI, PENGAWAS SPBT, PRS, KETUA KELAS DAN PENOLONG 2018

Majlis Watikah Pelantikan ini telah diadakan pada 24 Januari 2018 (Rabu) yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Ahmad Zakaria. Majlis ini turut dihadiri oleh Sarjan Md Nizam bin Ahmad dari IPD Sentul.

Objektif majlis ini adalah untuk membentuk murid-murid dari aspek :
     1) kepimpinan
     2) interaksi antara guru dan murid
     3) ketahanan mental

Majlis pada kali ini diserikan lagi dengan murid-murid yang mengenakan pakaian bertemakan Kesultanan Melayu Melaka sebagai simbolik pembawa-pembawa watikah.

Dengan pelantikan ini, murid-murid diharapkan agar dapat memikul tanggungjawab serta komited terhadap tugas yang telah diamanahkan.