Monday, February 22, 2016

PROGRAM TAMAN-TAMAN ILMU


Program ini adalah anjuran bersama diantara Panitia Agama Islam SKIB, Surau Al-Huda Taman Intan Baiduri dan Masjid Amaniah Kepong. Program ini dijalankan pada 19 Februari 2016 (Jumaat) sehingga 20 Februari 2016(Sabtu) di Surau Al-Huda Taman Intan Baiduri. Program ini melibatkan seramai 80 orang murid.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:
  1. Ceramah Perdana (Cinta Ibadah Membentuk Generasi Rabbani) - Ust Norazan Abdul Rahman Al-Baghdadi
  2. Sentuhan Kalbu (Penghayatan diri) - Tn Hj. Ahmad Fuad B. Ahmad
  3. Program Qiamullail - Ustaz Hasnil B. Abu Bakar
  4. Kuliah Subuh - Ustaz Hasnil B. Abu Bakar
  5. Solat Dhuha
  6. Ceramah (Kesan Negatif Filem) - Yang Berbahagia Datin Khairiah Bt A.Majid
Objektif program ini adalah untuk :
  1. Mendidik murid-murid kearah penerapan nilai-nilai Islam disamping mengamalkan sifat-sifat terpuji dalam kehidupan seharian.
  2. Menanam sifat-sifat dan akhlak yang mulia dalam diri murid-murid.
  3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid, ibubapa dan ahli kariah dalam konsep berjemaah.
  4. Membimbing kaedah solat sempurna sebagai muslim sejati dunia dan akhirat
Matlamat program ini adalah untuk :
  1. Melahirkan generasi muda Islam yang berakhlak mulia serta berketrampilan dalam menjalani kehidupan seharian.
  2. Menjadi pemimpin masa depan yang berjiwa Islam.
  3. Menzahirkan masyarakat yang sentiasa memakmurkan Allah

Friday, February 5, 2016

MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SKIB kali ke 14


Pada 30 Januari 2016, telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Agung PIBG SKIB kali ke 14. Aturcara telah bermula pada pukul 7.45 pagi dengan Pendaftaran Ibu Bapa, Penjaga, Guru dan Tetamu Jemputan.

Tepat pukul 9.00 pagi, ketibaan tetamu jemputan merangkap perasmi majlis iaitu Pn Hjh Noorlia Bt Arshad, Penolong Pegawai Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul dengan diiringi oleh Guru Besar, GPK-GPK serta Yang DiPertua PIBG.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azwadi, diikuti dengan ucapan Tn Hj Fuad Bin Hj Ahmad, Guru Besar SK Intan Baiduri serta ucapan Pn Hjh Noorlia yang turut merasmikan blog Sekolah (skintanbaiduri.blogspot.my) dan blog PIBG (skintanbaiduripibg.blogspot.my),

Selepas itu majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati kepada murid cemerlang UPSR 2015 (5A - 4 murid dan 4A - 9 murid), Penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada YDP dan AJK PIBG 2015/16.

Selepas itu, Yang DiPertua PIBG sesi 2015/16, En Zaifulsham Ahmad Zakaria telah memulakan agenda seterusnya dengan memberi ucapan alu-aluan serta penerangan akan perjalanan PIBG bagi sesi 2015/16. Selepas ucapan ringkas, agenda diteruskan dengan aturcara yang telah disusunkan.