Monday, April 20, 2020

PROGRAM KEM MEMBACA SK INTAN BAIDURI

Sukacita dimaklumkan Pusat Sumber Sekolah SK Intan Baiduri melancarkan Program Kem Membaca SKIB 2020 bermula 20 April sehingga 1 Mei 2020 dan program ini dirasmikan secara atas talian oleh Pn. Norhayati binti Abd. Kadir, Guru Besar SKIB.

“Membaca Menjana Pemikiran Kreatif” merupakan tema bagi Program KMM SKIB tahun ini. Oleh yang demikian, pelbagai pertandingan dan aktiviti khas akan dilaksanakan kepada semua murid, guru dan ibu bapa / penjaga bersempena PKP ini antaranya pertandingan bercerita, melukis kulit buku cerita, pembaca terbanyak dan sebagainya.

Antara objektif utama KM1M ini dilancarkan adalah:

1. Sebagai satu medium untuk mempromosi Program Galakan Membaca di rumah.
2. Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga SKIB dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan Program Galakan Membaca.
3. Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
4. Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.
5. Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan warga SKIB.

Maklumat telah dikongsikan melalui Facebook SKIB : https://www.facebook.com/skibklofficial