Friday, February 16, 2018

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2018

Pada 10 Februari 2018 (Sabtu) yang lalu, Unit Pengawas SK Intan Baiduri telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas untuk semua unit pengawas (Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Briged Bestari, Pengawas SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya). Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Ahmad Zakaria. Seterusnya, Encik Mohd Saleh selaku Kem Komanden telah memberikan taklimat kepada semua pengawas mengenai aktiviti yang telah dirancang. Semua unit pengawas telah menjalani on-job training yang dikendalikan oleh guru penasihat setiap unit.

Program diteruskan dengan ceramah motivasi kepimpinan yang telah disampaikan oleh Encik Shahrizal bin Mokhtar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memperkasakan sifat kepimpinan dalam kalangan murid selain mengukuhkan semangat toleransi dan kerjasama antara mereka.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Kursus Kepimpinan Pengawas pada kali ini.