Saturday, December 2, 2017

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6

Pada 24 November 2017 (Jumaat) yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Graduasi bagi murid-murid Tahun 6 yang akan menamatkan sesi persekolahan rendah mereka. Pada majlis ini juga, beberapa murid telah diberi anugerah khas dalam pelbagai kategori bagi menghargai pencapaian mereka sepanjang berada di SK Intan Baiduri.

Tahniah diucapkan kepada semua. Murid-murid diharapkan agar dapat terus melonjakkan kecemerlangan diri apabila menjejakkan kaki di alam persekolahan menengah nanti.


Tuesday, November 14, 2017

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Pada 10 November 2017 (Jumaat) yang lalu, pihak SK Intan Baiduri dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. Tema sambutan pada kali ini ialah Kesejahteraan Merentasi Kepelbagaian. Murid-murid turut menjayakan program ini dengan memakai pakaian rentas budaya. Tujuan sambutan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia di samping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mereka.

Program diserikan lagi dengan kemunculan dua watak kartun yang sering muncul di layar kaca, Awang Khenit dan Badang. Murid-murid begitu teruja menyaksikan kedua-dua watak kartun tersebut.

Seterusnya, beberapa kumpulan murid telah membuat persembahan bagi menceriakan lagi sambutan. Antara agenda lain ialah pertandingan pakaian beragam bagi murid-murid dan guru-guru dan juga penyampaian hadiah bagi beberapa anugerah.

Dalam program tersebut, dua orang murid telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid.
1) Tokoh Kanak-kanak Lelaki : Muhammad Hazim bin Arif (6 Berlian)
2) Tokoh Kanak-kanak Perempuan : Airin Farahanie binti Sharul Nizam (6 Berlian)

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah memenangi beberapa anugerah yang disampaikan. Tahniah juga diucapkan kepada pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program ini.


HARI INTERAKSI 2 DAN JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN "WORLD SCIENCE DAY"


Wednesday, November 8, 2017

KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN & HARI ANUGERAH KOKO 2017

Pada 8 November 2017 (Rabu) yang lalu, SK Intan Baiduri telah mengadakan Karnival Sukan dan Permainan dan Hari Anugerah Kokurikulum. Antara agenda program ini ialah Sukaneka bagi murid-murid Tahap 1 dan Pertandingan Liga Permainan bagi murid-murid Tahap 2.

Agenda kemuncak ialah penyampaian hadiah Hari Anugerah Kokurikulum bagi mengiktiraf murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Friday, October 13, 2017

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

Pada 13 Oktober 2017 (Jumaat) yang lalu, Unit Kokurikulum SK Intan Baiduri telah menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah. Program ini dijalankan bagi menyahut seruan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang mahu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Tema sambutan pada kali ini ialah Permainan Tradisional. Pelbagai aktiviti telah dirangka bagi menjayakan sambutan pada tahun ini. Antaranya ialah :
1) Senamrobik
2) Permainan Rondas (Rounders)
3) Permainan Tuju Tin
4) Permainan Lompat Tali
5) Permainan Cabut Ekor
6) Permainan Musical Chair



JADUAL UJIAN AKHIR TAHUN 2017






MAKLUMAN TARIKH CUTI PERAYAAN DEEPAVALI DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017


Tuesday, October 10, 2017

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2/2017

Kem Bestari Solat Siri 2/2017 telah dijalankan pada 7 Oktober 2017 (Sabtu) yang lalu. Semua murid Muslim Tahun 1 hingga 6 telah terlibat dalam program ini. Beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru Muslim juga telah bersama-sama membantu dalam menjayakan Kem Bestari Solat pada kali ini. Pada akhir program ini, murid-murid telah mendirikan solat Zohor secara berjemaah dan diimamkan oleh Ustaz Mohd Azwadi bin Maktar.

Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam atas penganjuran Kem Bestari Solat Siri 2/2017. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran program ini.


Friday, August 25, 2017

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Intan Baiduri telah dijalankan pada 25 Ogos 2017 yang lalu. Majlis dimulakan dengan taklimat mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan oleh Ketua Panitia Sejarah, Encik Mohammad Ikhram bin Aziz. Majlis diteruskan lagi dengan gimik perasmian Bulan Kemerdekaan yang telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Intan Baiduri, Encik Zaifulsham bin Ahmad Zakaria.

Antara acara lain yang turut dijalankan sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini ialah pertandingan sajak antara guru-guru, persembahan koir daripada murid-murid dan penghasilan bendera Jalur Gemilang daripada surat khabar.

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan program ini.


PERTANDINGAN KOIR SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Pada 24 Ogos 2017 (Khamis) yang lalu, SK Intan Baiduri telah mengadakan Pertandingan Koir Sempena Bulan Kemerdekaan peringkat SK Intan Baiduri di Dewan Intan Baiduri. 8 buah kumpulan yang terdiri daripada murid-murid Tahun 2, 3 dan 4 telah menyertai pertandingan ini. Mereka mempertandingkan beberapa buah lagu patriotik dan semangat sayang akan negara mereka jelas terpapar melalui pertandingan ini.

Berikut adalah keputusan pertandingan :

    Tempat pertama : Tahun 3 Berlian (Puan Mujahadah binti Marzuki)
    Tempat kedua    : Tahun 4 Berlian (Puan Noor Hanum binti Abu Bakar)
    Tempat ketiga    : Tahun 2 Zamrud dan 2 Intan (Puan Rozita binti Jusoh@Yusof dan Puan Nur'Ain 
                                 binti Mustafa Kamal)

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada guru-guru kelas yang terlibat, guru-guru mata pelajaran Pendidikan Muzik yang telah membimbing para peserta serta individu-individu lain yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.


CUTI PERTENGAHAN PERSEKOLAHAN PENGGAL 2


Wednesday, August 23, 2017

CERAMAH MOTIVASI PECUTAN AKHIR UPSR 2017

Pada 22 Ogos 2017 (Selasa) yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun Enam telah mengadakan Ceramah Motivasi Pecutan Akhir khas untuk murid-murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Irman Shah bin Azhar iaitu penceramah dari Pusat Bimbingan Wirajaya.

Program ini menekankan kepentingan persediaan-persediaan terakhir yang perlu dilakukan oleh calon-calon UPSR sekaligus menerangkan tips-tips menguruskan stres untuk menghadapi peperiksaan.


Monday, May 22, 2017

JADUAL UJIAN PERTENGAHAN TAHUN

 TAHAP 1 (TAHUN 1,2,3)


TAHAP 2 (TAHUN 4,5,6)



Wednesday, April 12, 2017

Wednesday, March 29, 2017

PERUBAHAN EMAIL RASMI SEKOLAH

Untuk makluman, berkuatkuasa 1 April 2017, email rasmi sekolah akan bertukar kepada email baru seperti dibawah atas arahan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyarankan penggunaan email 1govuc sebagai email rasmi sekolah. Sehubungan dengan itu, email lama yang diwujudkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya pada 31 Mac 2017.

Wednesday, March 8, 2017

JADUAL UJIAN 1 BULAN MAC

 JADUAL TAHAP 1 ( TAHUN 1,2,3 )


 JADUAL TAHAP 2 ( TAHUN 4,5,6 )




Friday, February 10, 2017

PROGRAM JOM KE SEKOLAH




Program ini diadakan pada hari Isnin (6 Februari 2017) iaitu pada waktu perhimpunan rasmi di Dataran Intan Baiduri. Program ini dirasmikan oleh Sarjan Md Nizam Bin Ahmad dari Cawangan Kereta Peronda IPD Sentul. Turut hadir ke Program ini ialah En. Zaifulsham Bin Ahmad Zakaria (YDP PIBG SK Intan Baiduri). Program "JOM KE SEKOLAH" ini adalah satu kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif program ini diadakan ialah :
  1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan PPS.
  2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  3. Penggunaan kembali Peti Aduan Murid seperti telah diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8, tahun 2010 KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.2(19)





Wednesday, January 25, 2017

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, BRIGED BESTARI, PENGAWAS SPBT, KETUA KELAS & PENOLONG


Majlis ini diadakan pada hari Selasa 24 Januari 2017 yang bertempat di Dewan Intan Baiduri. Majlis ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 10 pagi. Majlis ini dirasmikan oleh Sarjan Mejar Zainal Abidin Bin Haji Abdullah. Antara objektif majlis ini ialah :
  1. Di akhir program ini pelajar dapat membentuk peribadi dari aspek :
  • Kepimpinan
  • Interaksi antara guru dengan murid
  • Ketahanan mental
      2. Memotivasikan diri masing-masing dari aspek keyakinan diri, keberanian dan pembentukan
          sahsiah

      3. Mengetahui dengan lebih mendalam bidang tugasan sebagai pengawas dan pemimpin pelajar
  

Monday, January 23, 2017

CUTI TAHUN BARU CINA DAN HARI WILAYAH


PENGUMUMAN : Aktiviti Kokurikulum pada 25.1.2017 (Rabu) dibatalkan sempena Perayaan                                         Tahun Baru Cina

Friday, January 6, 2017

PENJUALAN BAJU JASMANI DAN BAJU SUKAN

MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA

PIBG SK Intan Baiduri membuka kaunter untuk memudahkan pembelian :

  1. Baju Jasmani Sekolah - RM 22
  2. Baju Sukan Sekolah - RM 16
Tempahan tag nama murid juga boleh dibuat pada harga RM5 / set (3 keping)

Tempat : Bilik Gerakan SKIB
Masa : 8 pagi - 10 pagi
Tarikh : 5/1/2017
               6/1/2017
               12/1/2017
               13/1/2017
               19/1/2017
               20/1/2017

Thursday, January 5, 2017

HARI ORIENTASI TAHUN 1


Hari Orientasi tahun 1diadakan pada hari Jumaat, 30 Disember 2016 bertempat di Dewan SK Intan Baiduri. Tujuannya ialah :

  1. Memperkenalkan murid-murid tahun 1 terhadap suasana budaya sekolah.
  2. Memberi taklimat kepada ibu bapa dan murid-murid tentang peraturan sekolah dan waktu persekolahan.
  3. Memperkenalkan guru-guru dan murid-murid tahun 1.
  4. Nilai kemesraan