Monday, November 28, 2016

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI PRASEKOLAH

 
    MAJLIS INI DIADAKAN PADA 24 NOVEMBER 2016 BERMULA DARI PUKUL 8.30 PAGI BERTEMPAT DI DEWAN SERI INTAN BAIDURI. MAJLIS INI DIRASMIKAN OLEH YDP PIBG SK INTAN BAIDURI IAITU EN. ZAIFULSHAM BIN AHMAD ZAKARIA. MAJLIS INI DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK MENGHARGAI PENCAPAIAN MURID-MURID DALAM BIDANG AKADEMIK SEPANJANG TAHUN. ADALAH DIHARAP AGAR PENGHARGAAN YANG DIBERIKAN AKAN MENJADI PENDORONG KEPADA MEREKA AGAR TERUS BERUSAHA DENGAN LEBIH GIGIH DI MASA HADAPAN. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, DIHARAPKAN PROGRAM INI DAPAT MEMBERI PENGIKTIRAFAN KEPADA MURID-MURID YANG MENUNJUKKAN DAYA USAHA DAN KESUNGGUHAN DALAM BIDANG AKADEMIK  SETERUSNYA DAPAT MENANAM RASA INGIN TERUS BERUSAHA DALAM DIRI SETIAP MURID.

Tuesday, November 22, 2016

SURAT SIARAN CUTI PERISTIWA HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN CUTI AKHIR TAHUN


MAJLIS GRADUASI TAHUN 6



MAJLIS INI DIADAKAN PADA 22 NOVEMBER 2016 BERTEMPAT DI DEWAN BAIDURI. MAJLIS INI DIADAKAN PADA PUKUL 8.30 PAGI SEHINGGA 10.30 PAGI. OBJEKTIF MASJLIS INI IALAH :

  1. MENGHARGAI KEJAYAAN MURID-MURID TAHUN 6 DALAM SEMUA BIDANG.
  2. MENANAM SEMANGAT PERCAYA AKAN KEBOLEHAN DAN BAKAT MURID DALAM SETIAP BIDANG.
  3. MELAHIRKAN MURID-MURID YANG BERKETRAMPILAN DAN DAPAT MENJADI PEMIMPIN YANG BERKALIBER KEPADA NEGARA.
  4. MENGERATKAN SILATURRAHIM SERTA BERKASIH SAYANG SESAMA INSAN.

Friday, November 18, 2016

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2016



Majlis ini telah di adakan pada 18 November 2016 bertempat di Dewan Intan Baiduri. Objektif majlis ini ialah :

  1.  Menghargai kanak-kanak sebagai insan suci dan mulia , pewaris bangsa peneraju negara.
  2. Memupuk semangat muhibah dan integrasi kaum di kalangan kanak-kanak.
  3. Mencungkil dan mengasah bakat serta kreativiti kanak-kanak dalam segala bidang.
  4. Melahirkan kanak-kanak yang berketrampilan dan dapat menjadi pemimpin yang berkarisma serta berkaliber kepada negara.
  5. Mengeratkan silaturrahim serta berkasih sayang

Tuesday, August 30, 2016

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN



Objektif majlis ini ialah :

1)Murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi kini.

2)Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya.

3)Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan berterima kasih kepadanya.

4)Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya.

Wednesday, May 18, 2016

SAMBUTAN HARI GURU SKIB


Pada 16 Mei 2016, SK Intan Baiduri telah mengadakan Sambutan Hari Guru di Dewan SK Intan Baiduri. Program ini adalah anjuran bersama KKGK 2016 dan PIBG SKIB. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa. 

Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian, bual bicara, kuiz, make over, tarian, tester, fakta dan auta, dan sukaneka. Guru juga dikehendaki memakai pakaian bertemakan Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Wednesday, May 11, 2016

JADUAL UJIAN PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN

TAHAP 1( TAHUN 1,2,3)


TAHAP 2( TAHUN 4,5,6)






Wednesday, April 20, 2016

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA


Majlis ini diadakan selama 3 hari iaitu pada 18 April 2016 (Isnin) hingga 20 April 2016 (Rabu) bertempat di Dewan SK Intan Baiduri.
Objektif program ini ialah : 
  • Mengisi masa lapang murid dengan membaca
  • Menggerakkan  program atau aktiviti galakan membaca
  • Memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan
  • Memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid

Monday, April 11, 2016

PROGRAM SETULUS BUDI JEJAK CEMERLANG


Program ini adalah anjuran bersama diantara SK Intan Baiduri, PIBG SK Intan Baiduri dan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Program ini diadakan pada 9 April 2016 (Sabtu) di Dewan SK Intan Baiduri. 

Matlamat Program ini adalah untuk membolehkan setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor. Di samping itu, murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan, dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan yang lebih optimis dan menyeronokkan.

Objektif 
  • Memberikan motivasi pembangunan pembangunan diri kepada murid-murid tahun 6
  • Pihak Unit Psikologi Dan Kaunseling, Pembimbing Rakan Siswa akan memberikan bantuan perkhidmatan mengajar secara percuma
  • Mencuba terapi alami untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam diri
  • Membantu ibubapa untuk bantu anak-anak dalam memberi sokongan dan panduan ketika mereka buntu dan tertekan sepanjang musim peperiksaan

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
  1. Slot 1 : Kemahiran Mengurus Masa
  2. Slot 2 : Kemahiran Keibubapaan "Memahami Potensi Anak - Art Therapy For Family"
  3. Slot 3 : Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
  4. Slot 4 : Kepentingan Ko Akademik
  5. Slot 5 : Ceramah Minda Cemerlang
  6. Slot 6 : Mandian Terapi Minda

Monday, March 7, 2016

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM



Majlis ini diadakan pada 29 Februari 2016( Jumaat) bertempat di Dataran Baiduri, SK Intan Baiduri. Tema pada tahun ini ialah Membaca Jambatan Ilmu.

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS, BRIGED BESTARI, PENGAWAS PUSAT SUMBER, PENGAWAS SPBT, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS


Majlis diadakan pada hari Jumaat bertarikh 26 Februari 2016 bertempat di Dataran Baiduri, SK Intan Baiduri.

Monday, February 22, 2016

PROGRAM TAMAN-TAMAN ILMU


Program ini adalah anjuran bersama diantara Panitia Agama Islam SKIB, Surau Al-Huda Taman Intan Baiduri dan Masjid Amaniah Kepong. Program ini dijalankan pada 19 Februari 2016 (Jumaat) sehingga 20 Februari 2016(Sabtu) di Surau Al-Huda Taman Intan Baiduri. Program ini melibatkan seramai 80 orang murid.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:
  1. Ceramah Perdana (Cinta Ibadah Membentuk Generasi Rabbani) - Ust Norazan Abdul Rahman Al-Baghdadi
  2. Sentuhan Kalbu (Penghayatan diri) - Tn Hj. Ahmad Fuad B. Ahmad
  3. Program Qiamullail - Ustaz Hasnil B. Abu Bakar
  4. Kuliah Subuh - Ustaz Hasnil B. Abu Bakar
  5. Solat Dhuha
  6. Ceramah (Kesan Negatif Filem) - Yang Berbahagia Datin Khairiah Bt A.Majid
Objektif program ini adalah untuk :
  1. Mendidik murid-murid kearah penerapan nilai-nilai Islam disamping mengamalkan sifat-sifat terpuji dalam kehidupan seharian.
  2. Menanam sifat-sifat dan akhlak yang mulia dalam diri murid-murid.
  3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid, ibubapa dan ahli kariah dalam konsep berjemaah.
  4. Membimbing kaedah solat sempurna sebagai muslim sejati dunia dan akhirat
Matlamat program ini adalah untuk :
  1. Melahirkan generasi muda Islam yang berakhlak mulia serta berketrampilan dalam menjalani kehidupan seharian.
  2. Menjadi pemimpin masa depan yang berjiwa Islam.
  3. Menzahirkan masyarakat yang sentiasa memakmurkan Allah

Friday, February 5, 2016

MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SKIB kali ke 14


Pada 30 Januari 2016, telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Agung PIBG SKIB kali ke 14. Aturcara telah bermula pada pukul 7.45 pagi dengan Pendaftaran Ibu Bapa, Penjaga, Guru dan Tetamu Jemputan.

Tepat pukul 9.00 pagi, ketibaan tetamu jemputan merangkap perasmi majlis iaitu Pn Hjh Noorlia Bt Arshad, Penolong Pegawai Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul dengan diiringi oleh Guru Besar, GPK-GPK serta Yang DiPertua PIBG.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azwadi, diikuti dengan ucapan Tn Hj Fuad Bin Hj Ahmad, Guru Besar SK Intan Baiduri serta ucapan Pn Hjh Noorlia yang turut merasmikan blog Sekolah (skintanbaiduri.blogspot.my) dan blog PIBG (skintanbaiduripibg.blogspot.my),

Selepas itu majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati kepada murid cemerlang UPSR 2015 (5A - 4 murid dan 4A - 9 murid), Penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada YDP dan AJK PIBG 2015/16.

Selepas itu, Yang DiPertua PIBG sesi 2015/16, En Zaifulsham Ahmad Zakaria telah memulakan agenda seterusnya dengan memberi ucapan alu-aluan serta penerangan akan perjalanan PIBG bagi sesi 2015/16. Selepas ucapan ringkas, agenda diteruskan dengan aturcara yang telah disusunkan.



Thursday, January 28, 2016

ANUGERAH SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

Majlis penyampaian Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan ini berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 27 Januari 2016 (Rabu)
Tempat : Auditorium Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya
Perasmi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Dalam majlis ini, SK Intan Baiduri mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Kuala Lumpur dan mendapat saguhati dalam pertandingan ini.


Tuesday, January 26, 2016

MAJLIS PERMUAFAKATAN GURU DAN IBU BAPA TAHUN ENAM

Majlis ini akan diadakan seperti berikut :

Tarikh   : 30 Januari 2016 (Sabtu)
Masa     : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat  : Dewan Baiduri, SK Intan Baiduri


Tuesday, January 19, 2016

MINGGU TRANSISI

Minggu Transisi berjalan selama 3 minggu harus mempunyai perisian program yang mantap dan bersesuaian supaya tujuan dan objektif yang ditetapkan tercapai. Aktiviti yang dirancang termasuklah aktiviti individu serta kumpulan. Antara kemahiran yang harus diterapkan adalah seperti kemahiran pranombor , prapenulisan dan prabacaan. Aktiviti yang sesuai dijalankan adalah seperti :

  1. Suaikenal - rakan baru dan guru baru
  2. Hidup bersama - persekitaran kelas
  3. Pembentukan tingkahlaku - ucap selamat , doa , lagu sekolah , disiplin
  4. Motivasi diri - kaunselor sekolah
  5. Main sembil belajar - lagu dan mengayakan pergerakan
Perlaksanaan aktiviti berbeza sepanjang 3 minggu pertama persekolahan sebagai persediaan pelajar untuk proses pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Pada masa yang sama guru boleh mengenalpasti kemahiran asas psikomotor , kognitif , etika dan daya kreatif pelajar serta ketatanegaraan.. Ujian Dignostik Bahasa Melayu , Matematik dan Bahasa Inggeris boleh diadakan sebagai persediaan pelajar yang lemah ke Program Linus Literasi , Numerasi dan Bahasa Inggeris.








Monday, January 18, 2016

MAJLIS PERPISAHAN

Majlis Perpisahan Guru-Guru telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru & Staf SKIB bertempat di Restoran Maharaja Steamboot untuk meraikan 4 orang guru yang telah berpindah ke sekolah lain. Guru - guru tersebut ialah En. Ekhwanul B. Tajudin ke SK Sentul 1, Pn. Noridayu Bt Shariff ke SK St Marry, En. Rujhan B. Mohd Noor ke SK TTDI 1 dan Pn. Siti Habsah Bt Maidin ke SK La Salle Jinjang 1.