Friday, February 5, 2016

MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SKIB kali ke 14


Pada 30 Januari 2016, telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Agung PIBG SKIB kali ke 14. Aturcara telah bermula pada pukul 7.45 pagi dengan Pendaftaran Ibu Bapa, Penjaga, Guru dan Tetamu Jemputan.

Tepat pukul 9.00 pagi, ketibaan tetamu jemputan merangkap perasmi majlis iaitu Pn Hjh Noorlia Bt Arshad, Penolong Pegawai Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul dengan diiringi oleh Guru Besar, GPK-GPK serta Yang DiPertua PIBG.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azwadi, diikuti dengan ucapan Tn Hj Fuad Bin Hj Ahmad, Guru Besar SK Intan Baiduri serta ucapan Pn Hjh Noorlia yang turut merasmikan blog Sekolah (skintanbaiduri.blogspot.my) dan blog PIBG (skintanbaiduripibg.blogspot.my),

Selepas itu majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati kepada murid cemerlang UPSR 2015 (5A - 4 murid dan 4A - 9 murid), Penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada YDP dan AJK PIBG 2015/16.

Selepas itu, Yang DiPertua PIBG sesi 2015/16, En Zaifulsham Ahmad Zakaria telah memulakan agenda seterusnya dengan memberi ucapan alu-aluan serta penerangan akan perjalanan PIBG bagi sesi 2015/16. Selepas ucapan ringkas, agenda diteruskan dengan aturcara yang telah disusunkan.



No comments:

Post a Comment