Tuesday, November 14, 2017

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Pada 10 November 2017 (Jumaat) yang lalu, pihak SK Intan Baiduri dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. Tema sambutan pada kali ini ialah Kesejahteraan Merentasi Kepelbagaian. Murid-murid turut menjayakan program ini dengan memakai pakaian rentas budaya. Tujuan sambutan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia di samping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mereka.

Program diserikan lagi dengan kemunculan dua watak kartun yang sering muncul di layar kaca, Awang Khenit dan Badang. Murid-murid begitu teruja menyaksikan kedua-dua watak kartun tersebut.

Seterusnya, beberapa kumpulan murid telah membuat persembahan bagi menceriakan lagi sambutan. Antara agenda lain ialah pertandingan pakaian beragam bagi murid-murid dan guru-guru dan juga penyampaian hadiah bagi beberapa anugerah.

Dalam program tersebut, dua orang murid telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid.
1) Tokoh Kanak-kanak Lelaki : Muhammad Hazim bin Arif (6 Berlian)
2) Tokoh Kanak-kanak Perempuan : Airin Farahanie binti Sharul Nizam (6 Berlian)

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah memenangi beberapa anugerah yang disampaikan. Tahniah juga diucapkan kepada pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program ini.


No comments:

Post a Comment